Diplomat Atas AS Tiba di Damaskus Suriah untuk Bertemu Perwakilan HTSJum'at, 20 Dec 2024 20:28 |
Kelantan (voa-islam.com) Pemimpin Partai PAS-Partai Islam se-Malasya, Ustad Hadi Awang, menegaskan bahwa sesudah membaca dengan teliti tulisan Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu, isi tulisan beliau telah menghina hakikat kebenaran Islam, dan menyesatkan pembacaannya dari sejarah perjuangan kemerdekaan.
Tanpa merasa bersalah karena memutarbalikan fakta sejarah, Dr Mahathir telah menyatakan bahwa kelahiran PAS adalah karena kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap kumpulan orang-orang yang berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan pangkat. Sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir-kafirkan dan lain-lain.
Hujah ini bukan saja salah satu fakta sejarah, bahkan menggambarkan pikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata! Nampaknya beliau mengidap dengan “Sydrome kebencian” yang amat parah.
Seluruh kajian sejarah secara ilmiah, oleh kalangan Islam dan Barat menampakkan agenda penjajahan secara khusus kepada umat Islam adalah bertujuan menciptakan permusuhan dan kedengkian terhadap Islam dan penganutnya, bukan sekadar menaklukan tanah air, dan merampas kekayaan alam mereka mereka .
Kajian orientalis juga menegaskan bahwa penjajah lebih faham daripada penganut Islam seperti Mahathir.
Mereka memahami bahwa rahasia jati diri umat Islam adalah karena pegangan mereka dengan ajaran Islam yang sempurna, sebagaimana yang ada dalam al-Quran dan Sunnah secara menyeluruh, bukan saja dalam perkara ibadat, bahkan cara hidup (way of life) yang melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain.
Snouck Hurgronje (1857- 1936), seorang orentalis Belanda yang membuat kajian terhadap masyarakat Islam menegaskan, bahwa perkara yang paling berbahaya bagi Barat ialah doktrin politik dalam dakwah agama Islam oleh kalangan ulama yang membawa kepada perjuangan menentang penjajah dan menegakkan negaranya.
Kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahwa penjajahan barat adalah juga karena kedengkian dan permusuhan terhadap agama Islam, bukan semata-mata penjajahan penganutnya sahaja.
Maka agenda pertama penjajah adalah pendidikan, dilaksanakan dengan usaha menyebarkan agama Kristen di kalangan penganut Islam melalui sekolah-sekolah bahasa Barat pada masa itu (Inggeris, Belanda dll), yang menawarkan jabatan tinggi dan harta.
Akan tetapi rakyat sikap orang-orang Melayu masih tetap kuat berpegang dengan agama Islam, walau pun mereka jahil dalam ilmu Islamnya. Akhirnya penjajah gagal mempengaruhi masyarakat penganut Islam dengan cara penyebaran agama Kristen dengan cara sedemikian.
Berserta dengan kegagalan itu dilaksanakan pula agenda pendidikan kebangsaan, bagi menanamkan faham fanatik kebangsaan (asobiyyah) yang dijadikannya sama dengan agama Islam.
Dalam keadaan jahil agama, rakyat menerima pendekatan penjajah yang membenarkan mereka beribadat dan melakukan upacara agama, akan tetapi membiarkan mereka terus jahil terhadap Islam dalam hukumnya yang menyeluruh dan tetap tidak berpolitik yang akan menjadi ancaman kepada mereka.
Pengajian di pondok pesantren dan sekolah agama yang didirikan oleh kalangan ilmuwan Islam lulusan Makkah, Al-Azhar, India dan lain-lain merupakan gerakan tajdid dan islah menentang pemikiran penjajahan terhadap umat.
Mereka bukan saja berhasil memelihara ajaran Islam yang murni, bahkan juga telah melahirkan ilmuwan Islam yang memimpin masyarakat secara sukarela, tanpa hasad dengki terhadap mereka yang digaji oleh kekuasaan penjajah, bahkan banyak yang menolak tawaran jabatan pemerintah penjajah.
Pendekatannya ialah ilmu Islam dipertahankan , dalam masa yang sama menerima semua ilmu dari Timur dan Barat yang berfaedah kepada umat dengan jati diri Islam, akidah, syariat dan akhlak. Sehingga tidak terpengaruh dengan pemikiran negatif terhadap Islam.
Pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai perjuangan kemerdekaan yang berlandaskan Islam, sejak kejatuhan Malaka 1511 dan pendirian parti-parti Islam, sesudah dilarang oleh penjajah Inggeris dan Belanda.
Para ilmuwan dan ahli akademik yang mengkaji sejarah, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah menemui catatan-catatan pendirian partai-partai Islam ini, yang masih disimpan dalam Public Record Office di Inggris.
Di antaranya ialah pendirian Partai Syarikat Islam di Tanah Melayu sejak awal abad dua puluh (1908 dan selepasnya), tetapi dilarang oleh pihak penjajah Inggris.
Kalangan yang segenerasi dengan Mahathir tetap tidak melupakan pendirian Hizbul Muslimin yang dilarang oleh penjajah dan menyamakannya dengan Komunis dan “bahaya dari gunung”, sebaliknya pihak penjajah membenarkan Parti UMNO yang berpaham kebangsaan Melayu dengan Islam, dan dibiarkan bergerak dengan bebas di seluruh negara di masa darurat.
Pendirian PAS pada tahun 1951 pada awalnya dengan mengambil kesempatan saat muzakarah di bawah anjuran Biro Agama UMNO, bagi membicarakan penggunaan duit loteri (judi) untuk kerja kebajikan.
Keadaan ini diambil peluang oleh kalangan Islam bukan UMNO dengan mendirikan NGO Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Akhirnya bertukar menjadi parti politik, berlaga menentang UMNO, karena fahamnya yang sesat, apabila memisahkan politik daripada agama Islam, atau politik Islamnya mengikut kehendak penjajah, yaitu Islam tanpa daulat.
Paling menarik pendirian PAS dan perjalanannya sejak awal, bukan saja melibatkan kalangan ulama, bahkan PAS disertai juga oleh tokoh-tokoh berbagai kalangan.
Para pendiri PAS yang kedua ialah Dr Haji Abbas Alias lulusan Universitas Singapura seperti Tun Mahathir juga, tetapi beliau menolak UMNO karena ideologinya salah, walau pun pangikut UMNO menganut Islam.
Bersama PAS juga ialah Datuk Abu Samah (SUK Pahang), Prof Ahmad Ibrahim, Prof Ungku Umar, Aminuddin Baki, Taha Kalu (pegawai polis ), Datuk Wan Ahmad dan lain-lain.
Negara kita ini menerima kemerdekaan melalui permadani merah yang dibentang, diterima oleh UMNO, dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Inggris. Tokoh-tokoh PAS berjuang dalam kemerdekaan sebelum pendiriannya dengan menghadapi tekanan pihak Inggris, ada yang masuk penjara dan sebagainya.
PAS tetap menerima kemerdekaan negara walau pun dengan belenggu penjajahan yang masih ada, khususnya penjajahan pemikiran. PAS tetap menyertai pilihanraya karena kewajipan politik daripada ajaran Islam.
PAS mengemukakan dasar, konsep dan sistem pentadbiran yang berbeda dengan UMNO, walaupun menghadapi tekanan, penipuan dan khianat menjatuhkan pemerintahan di Terengganu dan Kelantan oleh UMNO yang sebangsa dan seagama, dengan cara yang tidak beretika, tidak demokratik dan menyalahi sistem perlembagaan.
Isu kafir mengkafirkan bukan ciptaan PAS, tetapi adalah reaksi daripada gejala kelemahan akidah dan kejahilan Islam warisan penjajah yang diteruskan oleh UMNO.
Sebaik sahaja ada pihak memperkenalkan syariat Islam yang dilupakan kerana belenggu penjajahan, ramai kalangan orang-orang Melayu yang masih Islam dalam UMNO menghina hukum – hukum Islam dan mengejeknya, melawan nas-nas yang nyata daripada al-Quran dan Hadis Mutawatir, kerana jahil murakkab.
Kitab-kitab pengajian aqidah yang menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan Iman sudah dilupakan atau jahil. Maka berlakulah pertembungan sengit di antara mereka yang tahu serba sedikit dengan pihak yang menghina Islam secara jahil.
Penyakit ini berlaku di seluruh dunia Islam yang baru mencapai kemerdekaan. Bukannya bermula tahun 1981. Beberapa orang ulama PAS menjadi mengsa tahanan ISA di awal tahun enam puluhan lagi kerana fitnah ini.
Malangnya pihak UMNO yang memerintah dan yang sepertinya di negeri yang lain, menjadikannya sebagai isu politik untuk memecah dan memerintah seperti cara penjajah.
Para ulama politik Islam di seluruh dunia, termasuk PAS mengambil pendekatan ilmu, dengan menjelaskan semula batas-batas iman dan kufur. Al-Marhum Pak Hamka (1908 – 1981) menulis dalam tafsir Al-Azhar (Juzuk 8 ms 181), al marhum Hassan al-Hudaybi (1891 – 1973) menulis buku dalam bahasa arab dan banyak lagi.
Di masa PAS berada dalam kerajaan campuran dan BN, diusahakan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri menerbitkan kitab Mustika Hadis Jilid Pertama.
PAS juga mengajak pihak UMNO dan kerajaan bermuzakarah secara ilmu, walaupun tidak disambut dengan baik, kerana kalangan ilmuan agama dalam UMNO yang penakut (ucapan Tun Mahathir).
Keadaannya sudah berubah, sehingga tidak kedengaran lagi ucapan yang menghina hukum Islam atau menafikan adanya politik, ekonomi dan lain-lain dalam ajaran Islam.
PAS menerima hakikat masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dengan petunjuk hukum Islam. Adapun UMNO bergabung dengan MCA dan MIC mengambil pendekatan hukum akal bagi mengekalkan kuasa politik UMNO sepanjang hayat , bertali arus, walaupun mengalami kelemahan yang memalukan umat Islam dan menjatuhkan maruah agama Islam.
Kerjasama UMNO dengan MCA, MIC dan lain-lain adalah tanpa memelihara hukum Islam dan maruah umat. Tanpa batas halal dan haram dengan petunjuk agama, tetapi agama ditunjuk mengikut kemahuan manusia supaya diamalkan mana-mana hukum yang difikirkan mendatangkan hasil kewangan.
Maka amalan yang haram mengikut tegahan Islam tidak dipedulikan, sehingga arak , judi, riba, rasuah dan lain-lain melibatkan penganut Islam dalam kerajaan dan rakyat. Kelemahan politik umat Islam di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat adalah strategi salah UMNO.
Demi mempertahankan UMNO maka melayu Islam yang menyokong PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan lain-lain menjadi mangsa kezaliman UMNO, termasuk pegawai kerajaan dan kalangan ilmuan yang didapati menyokong PAS akan disekat dan disikat dengan sikat besi.
Ada pun kerjasama PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah berlandaskan Perlembagaan PAS yang meletakkan hukum tertinggi ialah al-Quran dan Sunnah, Ijma’ para Ulama dan Qiyas yang nyata. Pesanan Rasulullah S.A.W. :
Dan orang Islam itu diwajibkan di atas syarat - syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram
PAS mewujudkan Majlis Syura Ulama bagi merujukkan segala keputusannya dengan petunjuk Islam yang tetap terpelihara, bukan semata-mata berpandukan akal manusia yang sentiasa mengalami kelemahan. Wallahu'alam.
FREE ONGKIR. Belanja Gamis syari dan jilbab terbaru via online tanpa khawatir ongkos kirim. Siap kirim seluruh Indonesia. Model kekinian, warna beragam. Adem dan nyaman dipakai.
http://beautysyari.id
Di sini tempatnya-kiosherbalku.com. Melayani grosir & eceran herbal dari berbagai produsen dengan >1.500 jenis produk yang kami distribusikan dengan diskon sd 60% Hub: 0857-1024-0471
http://www.kiosherbalku.com
Mau penghasilan tambahan? Yuk jadi reseller tas TBMR. Tanpa modal, bisa dikerjakan siapa saja dari rumah atau di waktu senggang. Daftar sekarang dan dapatkan diskon khusus reseller
http://www.tasbrandedmurahriri.com
Suplier dan Distributor Aneka Obat Herbal & Pengobatan Islami. Melayani Eceran & Grosir Minimal 350,000 dengan diskon s.d 60%.
Pembelian bisa campur produk >1.300 jenis produk.
http://www.anekaobatherbal.com
Diplomat Atas AS Tiba di Damaskus Suriah untuk Bertemu Perwakilan HTSJum'at, 20 Dec 2024 20:28 |