Home | Redaksi | Advertisement | Kirim Naskah | Pedoman Pemberitaan Media Siber
Facebook RSS
9.098 views

Mindanao & Nusantara : Perjuangan Jati Diri Mindanao/Patani

Mindanao & Nusantara (I): Perjuangan jati diri Mindanao /Patani
Mindanao ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas.
 
Ia juga merujuk kepada Kepulauan Melayu yang meliputi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Bukan itu saja, ia juga meliputi Thailand Selatan, Timor Leste, malah Papua New Guinea.

Thailand Selatan adalah jelas Melayu kerana di situlah warisan keultanan Pattani yang kini berbentuk empat wilayah Melayu iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Nama Melayu Songkhla ialah Singgora.

Seperti mana Phuket adalah Bukit. Kemelayuan mereka tidak dipertikaikan walaupun sudah banyak penduduk Melayu di situ hanya mampu berbahasa Thai. Iaitu di samping kedaulatan Thailand ke atas empat wilayah itu diterima oleh orang Melayu sendiri.

Jadi, siapakah mereka? Adakah mereka itu orang Thai atau orang Melayu. Atau orang Thai keturunan Melayu. Atau orang Melayu Thai. Jati diri menjadi tanda tanya.

Maka dalam hal ini, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Banyak pertikaian dan pen dapatr tentang perjara ini. Bagaimanapun penulis mempunyai pandangan yang tentunya tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain.

Banyak definisi tentang Melayu. Ada definisi sempit. Ada definisi longgar. Di Malaysia takrif Melayu adalah sempit iaitu seseorang Melayu mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut budaya Melayu.

Tetapi jika dilihat bahawa definisi di Malaysia itu tidak wajar dilihat sebagai sempit kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat itu. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam.

Maknanya, di Malaysia, gen tidak penting bagi menentukan Melayu. Yang penting adalah meme. Iaitu agama, bahasa dan budaya. Jika takrif ini dikenakan ke atas Melayu Thai, maka mereka tidak layak untuk dipanggil Melayu.

Ini keranja mereka sudah tidak berbahasa Melayu terutamanya di sekitar Phuket. Justeru takrif Melayu yang dipakai di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Thailand.

Namun begitu, kemelayuan Melayu Thai tidak dapat dipertikaikan walaupun mereka tidak berbahasa Melayu. Ini kerana mereka sememangnya mewarisi Kesultanan Pattani yang jelas merupakan kerajaan Melayu.

Maka empat wilayah Melayu Thailand itu adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu. Sejarah menjadi ciri penting bagi jati diri Melayu.

Begitu juga dengan Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Mereka juga orang Melayu. Tetapi wilayah mereka sudah tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kepulauan Melayu walaupun Champa merupakan kerajaan Melayu paling awal, baik semasa mereka beragama Hindu-Buddha mahupun setelah memeluk Islam.

Begitu juga Melayu di Sri Lanka, Madagascar, Surinam dan Afrika Selatan. Mereka adalah melayu tetapi tentunya tanah mereka bukan sebahagian daripada kepulauan Melayu. Walaupun Madagascar, umpamanya pada keseluruhannya didiami oleh bangsa Malagasy yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.

Justeru, untuk memudahkan definisi melayu, biarlah dihadkan kepada kepulauan melayu. Sesiapa yang tinggal dalam kepulauan Melayu, maka dianggap sebagai Melayu.

Ini termasuklah Timor Leste dan Papua New Guinea. Dari segi bangsa, Timor Leste bukanlah berbangsa Melayu dalam erti kata yang difahami umum. Walaupun mereka pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tetapi bangsa di Timor Leste adalah serupa saja dengan penduduk di Timor Barat yang merupakan sebahagian daripada Indonesia. Ini kerana Timor Leste, yang dahulunya dikenali sebagai Timor Timur berkongsi pulau dengan Timor Barat. Dan pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu.

Begitu juga dengan Papua New Guinea. Penduduknya bukan berbangsa Melayu. Tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua, dahulunya dikenalis sebagai Irian Jaya. Sebelum itu Irian jaya dikenali sebagai Irian Barat.

Sebelum itu ia adalah Papua Barat. Maknanya papua New Guinea itu adalah Papua Timur. Kedua-duanya adalah dalam pulau Papua, dan Papua adalah sebahgian daripada kepulauan Melayu.

Maka, kepulauan Melayu merujuk kepada semua pulau-pulau di Asia Tenggara. Tetapi tentunya ia tidak termasuk Australia, New Zealand dan kepulauan Polynesia, walaupun penduduk aslinya seperti Aborigin, Maori, Polynesia termasuk Hawaii merupakan serumpun besar bukan saja orang Papua tetapi juga Melayu. Termasuk kategori ini ialah orang peribumi di pulau Taiwan.

Tetapi apabila disebut kepulauan Melayu, ia juga termasuk dua wilayah yang bukannya pulau. Ia hanyalah semenanjung dan dari segi geografi, ia adalah sebahagian daripada Yanah Besar Asia Tenggara.

Dua wilayah itu ialah Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan, atau nama lamanya Tanah Melayu dan Pattani. Atau Pattani itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kelantan pun pernah merupakan sebahagian daripada kesultanan Pattani.

Jadi, walaupun kerajaan pertama Melayu bermula di Champa di Tanah Besar Asia Tenggara tetapi nama Melayu bermula dari Sungai Melayu di Sumatera.

Kerajaan Sri Wijaya yang bermula di Palembang mewarisi kerajaan Champa dan lain-lain kerajaan sezaman dengannya untuk memantapkan jati diri Melayu. Kemudian ia diwarisi oleh kerajaan Melaka di semenanjung dan beberapa kerajaan di pulau Jawa.

Maka Jawa juga dikenali sebagai Jawi. Sementara Jawi disamakan juga dengan Melayu, maka akhirnya Melayu-Jawa menjadi satu identiti yang membentuk kepulauan Melayu.

Kerajaan Majapahit menamakan pulau-pulau di luar Jawa termasuk semenanjung Tanah melayu sebagai Nusantara. Tetapi hakikatnya Jawa-Nusantara ini adalah kepulauan Melayu.

Terdapat beratus-ratus pulau di kepulauan Melayu, Maka dari segi geografi, pulau-pulau yang besar ialah Sumatera, Borneo, Jawa, Mindanao, Luzon, Sulawesi dan Papua.

Rangkaian pulau kecil pula ialah Nusa Tenggara, Timor, Maluku dan Visaya. Sementara semenanjung ialah Tanah Melayu dalam erti kata meliputi Pattani.

Justeru, Mindanao adalah salah sebuah pulau besar dalam Nusantara. Penduduknya adalah orang Melayu yang pada zaman ini tidak disebut sebagai Melayu.

Walaupun mereka tidak berbahasa Melayu tetapi bahasa mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan berbudaya rumpun Melayu. Tetapi mereka dipanggil Moro. (Bersambung ke siri II)_

Abu Firdaus

Sebarkan informasi ini, semoga menjadi amal sholeh kita!

International Jihad lainnya:

+Pasang iklan

Gamis Syari Murah Terbaru Original

FREE ONGKIR. Belanja Gamis syari dan jilbab terbaru via online tanpa khawatir ongkos kirim. Siap kirim seluruh Indonesia. Model kekinian, warna beragam. Adem dan nyaman dipakai.
http://beautysyari.id

Cari Obat Herbal Murah & Berkualitas?

Di sini tempatnya-kiosherbalku.com. Melayani grosir & eceran herbal dari berbagai produsen dengan >1.500 jenis produk yang kami distribusikan dengan diskon sd 60% Hub: 0857-1024-0471
http://www.kiosherbalku.com

Dicari, Reseller & Dropshipper Tas Online

Mau penghasilan tambahan? Yuk jadi reseller tas TBMR. Tanpa modal, bisa dikerjakan siapa saja dari rumah atau di waktu senggang. Daftar sekarang dan dapatkan diskon khusus reseller
http://www.tasbrandedmurahriri.com

NABAWI HERBA

Suplier dan Distributor Aneka Obat Herbal & Pengobatan Islami. Melayani Eceran & Grosir Minimal 350,000 dengan diskon s.d 60%. Pembelian bisa campur produk >1.300 jenis produk.
http://www.anekaobatherbal.com

Palestina Masih Berduka, Ayo Ulurkan Tangan Bantu Mereka

Palestina Masih Berduka, Ayo Ulurkan Tangan Bantu Mereka

Sahabat, Ulurtangan mari kirimkan dukungan terbaikmu untuk warga Palestina di Gaza demi menguatkan mereka menghadapi situasi mencekam ini. Mari dukung mereka dengan berdonasi dengan cara:...

Open Donasi Wakaf Pembangunan Rumah Qur'an & TK Islam Terpadu An Najjah di Jonggol

Open Donasi Wakaf Pembangunan Rumah Qur'an & TK Islam Terpadu An Najjah di Jonggol

Saat ini, Ulurtangan bersama Yayasan An Najjahtul Islam Jonggol sedang merintis pembangunan Rumah Qur’an dan Taman Kanak-kanak Islam Terpadu (TKIT) An Najjah dan Gedung Majelis Taklim di Jonggol,...

Ulurtangan Bersama PDUI Kota Bekasi Safari Wakaf Qur'an dan Tebar Sembako ke Pelosok Negeri

Ulurtangan Bersama PDUI Kota Bekasi Safari Wakaf Qur'an dan Tebar Sembako ke Pelosok Negeri

Mari bergabung dalam memperkuat jaringan kebaikan di pelosok negeri dengan Wakaf Al-Qur'an. Jangan ragu untuk menjadi bagian dari kebaikan ini. Abadikan harta dengan wakaf Al-Qur'an dan saksikan...

Bantu Naura, Balita Hebat Sembuh Dari Tumor Pembuluh Darah

Bantu Naura, Balita Hebat Sembuh Dari Tumor Pembuluh Darah

Hidup Naura Salsabila dipenuhi dengan rintangan yang sangat berat. Meskipun baru berusia sepuluh bulan, bayi yang imut ini harus menghadapi penyakit yang dahsyat, yaitu tumor pembuluh darah berukuran...

Rumah Keluarga Yatim Ludes Terbakar Saat Ditinggal Sholat Tarawih

Rumah Keluarga Yatim Ludes Terbakar Saat Ditinggal Sholat Tarawih

Rumah yang ditinggali keluarga yatim Ibu Turyati (34) ludes terbakar saat ditinggal berbuka puasa bersama dan sholat Tarawih. Kebakaran pada Kamis malam (23/3/2023) itu tak menyisakan barang...

Latest News
Pahala Jariyah Menanam Pohon

Pahala Jariyah Menanam Pohon

Selasa, 28 Jan 2025 21:37


MUI

Sedekah Al Quran

Sedekah Air untuk Pondok Pesantren

Must Read!
X

Selasa, 28/01/2025 21:37

Pahala Jariyah Menanam Pohon