Di Akhir Desember Harus Semakin Khawatir Bencana, Kenapa?Kamis, 26 Dec 2024 12:03 |
|
Feminisme dan Delusi Kesetaraan GenderRabu, 25 Dec 2024 20:55 |
Hazayani Zakaria
Wed | Sep 16, 09 | 1:38:58 pm MYT
KUALA LUMPUR,16 Sept: Pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak bermaksud perjuangan rakyat menentang akta ini harus berhenti begitu sahaja.
Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Nuridah Salleh berkata, rakyat khususnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) harus meneruskan perjuangan mendesak kerajaan memansuhkan akta itu.
"Matlamat kita belum lagi tercapai.Kita nak kerajaan hapuskan terus ISA.Bukan sekadar bebaskan tahanan."Katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
DMP sebelum ini antara organisasi yang kuat menyokong perjuangan GMI menentang ISA dan menjalinkan hubungan baik dengan keluarga tahanan.
Bersyukur dengan pembebasan itu, beliau berharap tahanan yang dibebaskan dapat kembali menyesuaikan diri dengan ahli keluarga setelah bertahun-tahun terpisah.
Namun beliau terkilan kerana hanya lima orang yang dibebaskan sedangkan tahanan yang lain juga baginya berhak mendapat pembebasan itu memandangkan mereka ditahan di atas dakwaan tanpa bukti.
"Sepatutnya kerajaan bebaskan semua sekali.Mereka didakwa sebagai pengganas dan mengancam keselamatan negara tapi tidak ada sebarang bukti dan tidak dibicarakan."Ujarnya lagi.
Menurutnya, DMP akan menziarahi keluarga aktivis GMI, Norlaila Othman dan suaminya Mat Sah Satray yang turut dibebaskan tetapi bukan dalam masa terdekat ini supaya tidak mengganggu ketenangan mereka.
Mat Sah yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan Jemaah Islamiah Malaysia(JI).
Sementara itu, Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua kesal dengan kerajaan yang masih berdegil tidak mahu memansuhkan akta tersebut.
Beliau yang juga ahli parlimen Batu turut tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussein bahawa mereka dibebaskan kerana telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Tegasnya, mereka yang ditahan tidak pernah dibuktikan bersalah, hanya dikurung di kem tahanan dan diberikan tekanan mental.
"Saya tak boleh terima kenyataan Hishamuddin itu.Tak ada sebarang bukti yang menunjukkan mereka memang memberikan ancaman kepada negara."Katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan kepada GMI kerana konsisten dalam memperjuangkan isu itu dan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan mesej yang dibawa sampai kepada rakyat dan kerajaan.
Rakyat juga turut diingatkan agar terus berjuang sehingga kerajaan memansuhkan akta yang sudah tidak relevan itu.
Semalam, Hishamuddin mengumumkan pembebasan lima tahanan akta itu yang semuanya didakwa anggota JI.
Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah.Dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia._mna _
FREE ONGKIR. Belanja Gamis syari dan jilbab terbaru via online tanpa khawatir ongkos kirim. Siap kirim seluruh Indonesia. Model kekinian, warna beragam. Adem dan nyaman dipakai.
http://beautysyari.id
Di sini tempatnya-kiosherbalku.com. Melayani grosir & eceran herbal dari berbagai produsen dengan >1.500 jenis produk yang kami distribusikan dengan diskon sd 60% Hub: 0857-1024-0471
http://www.kiosherbalku.com
Mau penghasilan tambahan? Yuk jadi reseller tas TBMR. Tanpa modal, bisa dikerjakan siapa saja dari rumah atau di waktu senggang. Daftar sekarang dan dapatkan diskon khusus reseller
http://www.tasbrandedmurahriri.com
Suplier dan Distributor Aneka Obat Herbal & Pengobatan Islami. Melayani Eceran & Grosir Minimal 350,000 dengan diskon s.d 60%.
Pembelian bisa campur produk >1.300 jenis produk.
http://www.anekaobatherbal.com
Di Akhir Desember Harus Semakin Khawatir Bencana, Kenapa?Kamis, 26 Dec 2024 12:03 |
|
Feminisme dan Delusi Kesetaraan GenderRabu, 25 Dec 2024 20:55 |