Diplomat Atas AS Tiba di Damaskus Suriah untuk Bertemu Perwakilan HTSJum'at, 20 Dec 2024 20:28 |
Oleh: Sangaari Sungib
Bagi tapol yang da'ie, kehidupan dalam penjara selayaknya mampu mengukuhkan tarbiyyah ruhiyah bagi dirinya.
Pengukuhan tarbiyyah ruhiyah ini dicapai dengan melonjakkan amal ibadah khusus secara fardi ke tahap yang paling kemuncak! Tiada siapa yang boleh menghalang amalan ke martabat itu untuk dilaksanakan. Masa, ruang dan kesempatan, semuanya berpihak kepada diri da'ie TAPOL sendiri.
Tidak hairan kenapa ramai para du'at menganggap kehidupan di penjara sebagai satu kerehatan yang panjang daripada kesibukan duniawi untuk ditumpukan sepenuhnya ke arah ibadah-ibadah yang khusus.
Lonjakan tarbiyyah ruhiyah di penjara hendaklah ditumpukan kepada:
Qiyamullail, memperbanyak dan memanjangkan sujud
Seorang da'ie perlu sentiasa ingat bahawa tunjang tarbiyyah bagi tugas memikul qaulan thaqila adalah qiyamullail. Rasulullah s.a.w melaluinya dan inilah juga jalan yang telah ditempuh oleh para anbiya'.
Tidak ada nama besar dalam sejarah silam di kalangan mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan yang tidak menempuh jalan ini di penjara.
Perhatikan sahajalah apa yang dilalui oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim; semuanya melonjakkan maqam spiritual mereka melalui solat malam yang panjang dalam penjara.
Tidak ada suatu pun yang boleh menghalang seorang da'ie untuk bangun solat malam, memperbanyak dan memanjangkan sujudnya dalam penjara kecuali lemahnya azam serta lalainya hatinya terhadap Allah serta tugas-tugas qaulan thaqila yang diamanahkan ke atasnya.
Tiada ketenangan yang dapat melebihi ketenangan solat malam ketika mana pelbagai unggas, serangga dan segala makhluk yang menghuni Bukit Jana dan Bukit Larut di sekitar Kem Kamunting seiring senada bertasbih mengalu-alukan kebesaran Allah pada malam hening yang syahdu.
Banyakkan tilawah Al-Quran
Dalam manhaj tarbiyyah bagi seorang da'ie, tidak mengkhatamkan tilawah Al-Quran sekali setiap bulan adalah satu yang 'aib.
Mursyid Ikhwan Hasan Al-Hudhaibi ketika berada dalam penjara, pernah memuhasabah seorang ahlinya yang mengkhatamkan Al-Quran sekali setiap sepuluh hari. Katanya: "Apakah yang menghalang engkau daripada bertilawah dua juzu' setiap kali sesudah selesai solat fardhu, dengan itu engkau dapat khatam seluruh Al-Quran setiap tiga hari? Rebutlah peluang ini kerana sesungguhnya engkau mungkin tidak akan lagi diberikan oleh Allah peluang seperti ini"!!
Pada siri akhir Ibn Taymiyyah dipenjarakan, dalam tempoh kurang dua tahun beliau telah selesai mengkhatamkan 80 kali tilawah Al-Quran. Sebaik sahaja selesai tilawah kali ke-80, beliau menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu Rabbul Jalil yang amat dirinduinya.
Kehidupan di penjara pasti menjanjikan seseorang da'ie untuk menikmati kelazatan mengkhatamkan tilawah Al-Quran sebanyak dua atau tiga kali setiap bulan, insya' Allah.
Banyakkan zikrullah dan munajat
Tilawah Al-Quran adalah seunggul-unggul zikrullah. Pada masa yang sama tahlil, tasbih, tahmid, takbir, hawqalah dan zikir ma'thurat adalah ucapan-ucapan tayyibah dan qauluth-thabit yang menyegarkan jiwa.
Bahkan kesempatan berada dalam lokap SB semasa tempoh soal-siasat 60 hari hendaklah dimanfaatkan semaksimumnya untuk solat malam, berzikir dan bermunajat.
Pastinya peluang memperbanyakkan dan memanjangkan sujud di Kem Kamunting memberi ruang yang cukup khusyu' dan khudu' bagi seseorang bermunajat dan memohon do'a kudus kepada Allah.
Banyakkan selawat ke atas nabi s.a.w
Meneliti Asy-Syifa' oleh Qadi 'Iyad dan Al-Muwatta' oleh Imam Malik pasti akan memeranjatkan seorang da'ie perihal besarnya fadhilat berselawat ke atas Nabi s.a.w dan kaum keluarganya.
Hampir-hampir tiada ruang pada waktu malam untuk diisi dengan ibadah khusus yang lain selain daripada berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Kalau ada upaya mahu rasanya berselawat sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari. Apa tidaknya, Allah dan para malaikat-Nya pun turut berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Bahkan, dalam sebuah riwayat yang terkandung dalam Asy-Syifa' menegaskan sesiapa yang menulis di atas kertas nama Rasulullah dan menulis sallahu 'alaihi wassallam, sama ada dengan tulisan penuh mahupun ringkasannya, maka selagi mana tulisan tersebut kekal, maka berterusanlah ia mendapat ganjaran di sisi Allah.
Tarbiyyah dari penjara membuatkan saya tidak akan lupa untuk menulis singkatan "s.a.w" selepas Nabi, Rasulullah atau Rasul-Nya dan di mana-mana sahaja nama mulia tersebut saya catatkan.
Banyakkan berfikir dan merefleksi ke hadapan
Bertilawah, berdoa, bermunajat dan berzikir adalah intipati ibadah ke arah taqarrub ilallah dan ta'alluq billah. Berfikir dan merefleksi masa depan pula mampu meningkatkan mujahadah bagi peningkatan tazkiyyatun nafs.
Penjara adalah tempat untuk berfikir dan merefleksi ke hadapan.
Kejernihan qalbu yang tetap bersabar dalam mengharungi mehnah dan tribulasi mampu menyingkap tabir rahsia bagi menerobos unjuran-unjuran ke hadapan. Allahu a'lam tetapi Allah juga Al-Karim!
Tidak hairan mengapa mereka yang sabar menanggung ujian getir kehidupan di penjara berjaya muncul dengan keunggulan dan kemantapan aspirasi perjuangan yang melonjak-lonjak.
Banyakkan memuhasabah dan menghisab diri
Setiap da'ie memang sedar kelemahan dan kekurangan dirinya. Namun, kesibukan di luar sukar memberi ruang dan masa untuk memuhasabah diri secara tenang dan tenteram.
Kehidupan di penjara menyediakan ruang yang secukup-cukupnya untuk memuhasabah dan menghisab diri. Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya.
Tetapkan keyakinan terhadap perjuangan. Tumpukan perhatian kepada persediaan. Baiki kelemahan dan mantapkan kekuatan diri.
Banyakkan puasa sunat
Puasa sunat khususnya puasa Isnin dan Khamis setiap minggu adalah sibghah bagi da'ie yang istiqamah menempatkan dirinya dalam perjuangan menuju mardhatillah.
Penjara adalah tempat terbaik untuk menghidupkan sunnah berpuasa Isnin dan Khamis. Bahkan penjara jugalah tempat terbaik untuk mengamalkan puasa sunat impian setiap da'ie, iaitu puasa seperti puasa Nabi Dawud a.s!
Kurangkan bercakap dan melakukan perkara lagha
Membaca dan menulis sebagai wahana perjuangan sudah cukup menyibukkan seorang da'ie dalam penjara.
Mengkhatamkan dua atau tiga kali tilawah Al-Quran sebulan serta bertahlil, bertasbih, bertakbir, bertahmid dan berselawat ribuan kali setiap hari pula memadatkan lagi masa di penjara.
Riyadah dan gerakerja tarbiyyah fizikal turut memerlukan peruntukan masa yang bersungguh-sungguh.
Riyadah dan gerakerja tarbiyyah fizikal turut memerlukan peruntukan masa yang bersungguh-sungguh.
Dengan itu, bagi seorang da'ie yang benar-benar bermujahadah dalam tarbiyyah, kehidupan dalam penjara langsung tidak akan memberi ruang baginya untuk melakukan perkara lagha yang sia-sia apatah lagi bercakap kosong yang tiada manfaatnya.
Bersihkan qalbu agar doa menjadi makbul
Da'ie TAPOL mesti sedar bahawa dia adalah seorang yang dianiaya dan dizalimi. Dengan itu sebagai seorang mazlum, ia juga mesti peka bahawa tiada hijab antara do'anya dengan Allah.
Alang-alang diberikan maqam yang seistimewa itu, maka do'akanlah segala-galanya dan untuk segala-galanya. Do'akanlah kehancuran bagi kebatilan, penindasan dan kezaliman. Do'akanlah jugalah bagi kemenangan Islam, kebenaran dan keadilan.
Untuk itu, jadikanlah setiap saat masa yang berlalu di penjara untuk membolehkan diri layak menjadi insan yang sentiasa dimakbulkan do'anya oleh Allah.
Berusahalah untuk berada dalam keadaan berwudhu' pada setiap masa dan ketika. (av/voa-islam/sumber: harakahdaily)
FREE ONGKIR. Belanja Gamis syari dan jilbab terbaru via online tanpa khawatir ongkos kirim. Siap kirim seluruh Indonesia. Model kekinian, warna beragam. Adem dan nyaman dipakai.
http://beautysyari.id
Di sini tempatnya-kiosherbalku.com. Melayani grosir & eceran herbal dari berbagai produsen dengan >1.500 jenis produk yang kami distribusikan dengan diskon sd 60% Hub: 0857-1024-0471
http://www.kiosherbalku.com
Mau penghasilan tambahan? Yuk jadi reseller tas TBMR. Tanpa modal, bisa dikerjakan siapa saja dari rumah atau di waktu senggang. Daftar sekarang dan dapatkan diskon khusus reseller
http://www.tasbrandedmurahriri.com
Suplier dan Distributor Aneka Obat Herbal & Pengobatan Islami. Melayani Eceran & Grosir Minimal 350,000 dengan diskon s.d 60%.
Pembelian bisa campur produk >1.300 jenis produk.
http://www.anekaobatherbal.com
Diplomat Atas AS Tiba di Damaskus Suriah untuk Bertemu Perwakilan HTSJum'at, 20 Dec 2024 20:28 |